SELAMAT DATANG

Dapatkan koleksi batik yang menawan & terkini. Di sini juga anda boleh mendapatkan kain batik pasang atau kemeja batik yang bercorak ekslusif dan menggunakan kain putih yang berkualiti tinggi pada harga yang sangat berpatutan.

Mengenai Produk Kami..

Batik yang mempunyai rekaan corak terkini & ekslusif:: Menggunakan kain putih yang berkualiti tinggi:: Melalui proses yang teliti bagi menghasilkan produk yang baik dan bermutu::

Kemeja Batik Lelaki

:: Kod : KL001 Harga: RM 160 Size: L ::

 

:: Kod : KL002 Harga: RM 160 Size: L ::

Batik dari Fabrik Jaquard (Seri Kundur)

:: Kod: K001 :: Harga: RM 220 ::

 

Batik dari Fabrik Krip (Ekslusif Embun)

:: Kod : E001 :: Harga : RM 300 ::

 

:: Kod : E002 :: Harga : RM 300 ::

 

:: Kod : E003 :: Harga : RM 300 ::

 

Kos penghantaran adalah percuma untuk seluruh Malaysia

Batik dari Fabrik Gabungan Chiffon & Jaquard

:: CJ001 :: HARGA: RM 250 ::

 

 

:: CJ002 :: HARGA: RM 250 ::

 

 

Batik dari Fabrik Rayon

Batik

::      KOD : R001        ::       HARGA : RM 145        ::

 

 

batik

 

::      KOD : R002        ::       HARGA : RM 145        ::

 

 

Batik

 

::      KOD : R003        ::       HARGA : RM 145        ::

 

 

Batik

::      KOD : R004        ::       HARGA : RM 145        ::

 

 

Batik

::      KOD : R005        ::       HARGA : RM 145        ::

 

Kos penghantaran adalah percuma untuk seluruh Malaysia

 

 

Perbezaan Batik

Perkataan Batik atau Batik Canting sebenarnya telah di terima pakai di seluruh dunia. Batik atau Batik Canting adalah perkataan yang universal dan pengemar batik di seluruh dunia akan memahaminya. Cuma yang membezakanya adalah hasilnya. Batik Malaysia berbeza dengan Batik Indonesia. Walaupun di buat dengan cara yang sama tetapi tiap-tiap negara mempunyai identiti dan ciri-ciri yang tersendiri. Batik India dengan Batik Cina tentu sekali ada perbezaannya. Batik Iran dengan Batik Amerika tentu sekali ada perbezaan mengikut kebudayaan masing-masing.

Batik cetak samada di setkan menggunakan komputer atau di cetak menggunakn pencetak khas(Cop/blok). Batik cetak lebih senang tidak banyak menggunakan tenaga manusia tetapi memerlukan modal yang tinggi untuk membeli set komputer dan memerlukan pekerja yang tahu menggunakan komputer. Proses penghasilan fabrik batik juga tidak begitu lama. Dengan menggunakan komputer segala bentuk yang corak batik yang di perlukan boleh di simpan dan boleh di gunakan semula bila perlu. Jadi tidak perlu membuat kerja atau membentuk/mencorakkannya berulang-ulang kali. Semuanya menggunakan mesin/cop/blok dari awal hingga akhir. Prosesnya sama seperti mencetak kain-kain yang berada di pasaran. Jadi setiap kepingan kain batik akan sama bentuk dan coraknya. Cuma yang mungkin membezakan batik tersebut adalah warnanya. Harganya lebih murah daripada Batik Lukis Tangan atau Batik Canting.

The image “http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/e/e7/Batik_Indonesia.jpg/400px-Batik_Indonesia.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Contoh batik INDONESIA

Manakala batik canting atau batik lukis tangan memerlukan lebih tenaga manusia dan prosesnya lebih lama jika di bandingkan menggunakan batik cetak atau batik cop. Dari melukis hinggalah mewarnakan kain mungkin memakan masa dua atau tiga hari. Ia juga bergantung kepada faktor cuaca. Jika musim hujan akan lebih lambat selesainya membuat satu keping fabrik batik tersebut kerana menunggu warna kering terlebih dahulu barulah boleh di tambah dengan warna yang lain. Bentuk dan coraknya juga berbeza walaupun di bentuk dengan corak yang sama. Maklumlah menggunakan tangan manusia. Kemungkinan semasa meletakkan warna pada bunga-bunga batik tersebut ada yang kecil dan ada sedikit besar. Kemungkinan ada yang tertinggal satu-satu bentuk batik atau satu-satu warna di dalam bunga atau bentuk batik yang di lukiskan. Di situlah letaknya kesenian batik Canting. Di Malaysia para pengemar batik dari luar negara lebih suka mencari batik yang ada perbezaan di dalam satu-satu bentuk batik tersebut.

http://www.bahasa-malaysia-simple-fun.com/images/handbatik1.jpg

Contoh Batik MALAYSIA

Variasi Batik wacana seni kotemporari

Oleh Azman Ismail (Utusan Malaysia)

SEJARAH batik di Nusantara termasuk Malaysia dikatakan bermula sejak zaman kegemilangan Kerajaan Majapahit pada abad ke-12 dan proses penyebaran agama Islam di rantau ini.

Pedagang-pedagang dari kerajaan itu dikatakan membawa hasil tenunan batik ke pelbagai wilayah di Asia Tenggara termasuk ke Indo-China sebagai barang dagangan.

Dalam beberapa catatan, pengembangan batik banyak dilakukan pada masa-masa kerajaan Mataram, kemudian pada masa kerajaan Kesultanan Solo dan Yogyakarta.

Jadi kesenian batik ini di Indonesia telah dikenal sejak zaman kerajaan Majapahit dan terus berkembang kepada kerajaan dan raja-raja berikutnya termasuk kawasan-kawasan lain di Nusantara.

Kesenian batik tersebut, secara umumnya menjadi identiti masyarakat Indonesia dan khususnya suku Jawa ialah setelah akhir abad ke-18 atau awal abad ke-19.

Batik mula diperkenalkan di Malaysia khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Sebenarnya istilah tersebut berasal daripada bahasa Jawa tik yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik.

Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. Di alam Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi. Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu.

Batik yang dihasilkan ialah semuanya batik tulis sehingga awal abad ke-20 dan batik cap hanya baru dikenali setelah Perang Dunia Pertama berakhir atau sekitar tahun 1920.

Dalam konteks pembuatan, kesenian batik adalah seni menggambar di atas kain untuk pakaian yang menjadi salah satu kebudayaan keluarga raja-raja Indonesia zaman dulu.

Sejarah awal

Awalnya aktiviti membuat batik hanya terbatas dalam kraton saja dan ianya dihasilkan untuk pakaian raja dan keluarga serta para pembesar. Oleh kerana banyak dari pembesar tinggal diluar kraton, maka kesenian batik ini dibawa oleh mereka keluar dari kraton dan dihasilkan pula ditempat masing-masing.

Akhirnya kesenian batik ini ditiru oleh rakyat jelata dan seterusnya berkembang menjadi pekerjaan kaum wanita dalam rumah tangga mereka untuk mengisi waktu lapang.

Pada peringkat awal, bahan-bahan pewarna yang digunakan untuk mewarnai batik terdiri daripada tumbuh-tumbuhan asli Indonesia yang dibuat sendiri antara lain; pohon mengkudu, tinggi, soga, nila, dan bahan sodanya dibuat daripada soda abu, serta garamnya dibuat dari tanah lumpur.

Namun, kini, motif-motif pembuatan batik menjadi salah satu elemen seni tampak. Corak-corak, subjek dan imej diterjemahkan pada kain mahupun kanvas.

Terbaru, enam pelukis tempatan melontar perspepsi, motif dan imej mengenai batik dalam pameran bersama, Variasi Batik: Imej Tradisi dan Masakini di Galeri RA, Kuala Lumpur hingga 18 September ini.

Pelukis-pelukis yang mengambil bahagian ialah Ismail Mat Hussin, Fatimah Chik, Maslin Md. Ramly, Padil Osman, Rozaman Mohamed dan Harozila Ramli. Kurator pameran ialah Dr. Zakaria Ali.

Dalam konteks ini keenam-enam pelukis ternyata tidak berhenti pada kreasi klasik (tradisional) melalui teknik canting (alat lukis batik tradisional) tetapi juga berus dan medium akrilik serta minyak.

Maslin Md. Ramly seolah-olah melakukan pemberontakan terhadap tradisi yang ada dalam tradisi pembuatan batik dari aspek teknik dan pendekatan. Dia justeru menggunakan kanvas dan berus, bukan canting sebagaimana kebiasaan batik.

Batik diletakkan sebagai wilayah yang unik dan potensial untuk digali serta dijelajahi. Kesenian itu diletakkan sebagai sebuah wacana yang di dalamnya melingkupi idealisme, pola pikir, perilaku, proses serta gagasan.

Beliau menolak nilai batik yang biasa dilihat sehari-hari. Penggunaan motif-motif geometris dan komposisi catan yang beragam sememangnya sesuatu yang tidak lazim sebagai sebuah karya batik.

Di kanvas, justeru penekanan subjek tertumpu pada imej motif-motif dekoratif, ornamental, simbolik yang seolah-olah memperlihatkan pemberontakannya terhadap tradisionalisme dalam batik itu sendiri.

Batik bukan sekadar sebuah persembahan corak dan seni pada tekstil tetapi mampu diaplikasi ke kanvas sama seperti genre-genre lain dalam seni tampak.

Persoalan spiritual

Fatimah Chik pula meneroka persoalan-persoalan spiritual dan keislaman menenerusi simbol-simbol pada kanvas menggunakan motif-motif batik. Di situ sebuah wacana vertikal dan horizontal diketengahkan.

Karyanya beliau seperti Keyakinan Series (Sejadah) merupakan wacana visual tentang keislaman dan nilai-nilai filosofi yang terkandung di dalamnya.

Berbeza dengan karya-karya abstrak dan dekoratif Fatimah dan Maslin, lukisan batik oleh Ismail Mat Hussin sama sekali berlainan. Ia merupakan satu kenyataan realisme tetapi menggunakan teknik pembuatan batik.

Beberapa karyanya seperti Di Tepi Pasar Siti Khadijah merupakan transformasi teknik pembuatan corak-corak batik menggunakan teknik canting kepada seni lukis.

Di tangan keenam-enam pelukis tersebut, batik memasuki suatu perspektif yang berkaitan dengan realiti material yang memiliki sifat gaya hidup masyarakat Malaysia hari ini.

Di satu sisi lain, ada kecenderungan untuk menyerap fenomena cara berfikir kesenian Barat, malah menimbulkan upaya untuk memberontak terhadap elemen-elemen tradisionalisme dalam genre kesenian itu.

Melalui pluralisme seni, keragaman batik sebagai medium untuk menyatakan isu keislaman, kritik sosial dan keindahan dianggap sesuatu yang wajar. Ia ditampilkan konsep, misi, format dan bentuk ekspresi apa pun.

Tidak ada penentu nilai atau kayu ukur bahawa batik dan motif-motifnya hanya sekadar untuk sebuah karya tekstil atau pakaian semata-mata. Inilah yang diketengahkan dalam Variasi Batik: Imej Tradisi dan Masakini.

Ad Spot Ad Spot Ad Spot

RECENTPOSTS

MYARCHIVE

Recent Readers. These are the cool and trendy people that reads my blog!Recent Readers

Latest Message 32 minutes ago

_CJ001__E002__CJ002__E003__R003__R005_